Kawasan rekreasi

Kawasan Sanzhi

  • Teluk cetek

    Teluk cetek adalah pantai yang terkenal di Pantai Utara. Garis pantai Teluk cetek mempunyai ciri-ciri pantai berbatu dan teluk berpasir, sebelah kiri adalah pantai berbatu yang menonjol; sebelah kanannya adalah pantai berpasir, yang merupakan gabungan terumbu alga yang lama. Ini adalah ciri utama Teluk cetek. Terdapat kawasan terumbu tidak jauh dari pantai, Banyak pelancong akan pergi ke pantai untuk memungut kerang di tepi pantai, dan bersiar-siar di pantai berpasir putih yang lebar. Sekiranya anda ingin merasai angin laut bertiup dan suasana yang gembira, anda juga boleh menunggang basikal ke Teluk cetek.

    • Alamat: 14.5 ~ 16.5 kilometer dari Lebuhraya Danjin, KawasanSanzhi, Bandar Baru Taipei
    • Waktu operasi: dibuka sepanjang tahun
  • Pusat pengunjung Sanzhi

    Ia terletak di lereng bukit yang dikelilingi oleh gunung, dan kawasan ini memiliki pandangan yang luas. Pusat ini memberi para pengunjung tempat rehat yang selesa dan luas. Mereka juga dapat menanyakan hal tentang lawatan, memperkenalkan tempat pameran, dan mendapatkan maklumat, dan pelbagai perkhidmatan mudah. Bangunan ini merujuk kepada reka bentuk seni bina Dinasti Tang, dan gaya seni bina adalah elegan serta menggabungkan ciri-ciri khas klasik dan moden.

    • Alamat: No.164-2, Jalan Puping, Lorong Putoukeng, kawasanSanzhi, Bandar Baru Taipei
    • Tel: + 886-2-86355143
    • Waktu operasi: 09: 00 ~ 17: 00 / Mei hingga September 09: 00 ~ 18: 00
  • Jalan Sakura

    Terdapat lebih dari 16,000 bunga sakura yang ditanam di kawasan Sanzhi. Antaranya, Jalan Bunga Sakura yang berjarak 70 kilometer di sepanjang Jalan Aoyama,ia adalah tempat yang popular untuk menikmati bunga sakura di Sanzhi. Pada Musim bunga, bunga sakura yang ditanam di sepanjang laluan jalan ini, termasuk ceri sejuk merah, ceri berganda dan ceri Yoshino, ia akan mekar penuh selama 2 bulan. Bunga sakura merah jambu lebih romantik, Bunga sakura yang penuh dengan pergunungan dan lembah mekar itu sangat menarik hati, pengunjung akan berasa gembira dan selesa.

    Jalan Sakura juga merupakan laluan paling terkenal untuk menikmati bunga sakura di Pantai Utara dengan menunggang basikal secara individu. Banyak pelancong menikmati pemandangan dengan Menunggang basikal. Dalam perjalanan, terdapat stesen kafe, jalan setapak yang indah dan tempat tarikan bagi pelancong untuk berehat dan menikmati keindahan bunga sakura. Anda boleh pergi ke Sanzhi setiap tahun musim bunga apabila bunga sakura mekar penuh.

    • Alamat: Jalan Dahu, Kawasan Sanzhi, Bandar Baru Taipei
  • Pandangan Pentas Laut Taman Zhilan

    Pentas persisiran laut yang biru secocok dengan pemandangan yang indah, Pentas pemerhatian matahari terbenam di laut itu sangat romantik, dan sering menarik hati kekasih bergambar di sini. Dengan itu, mereka juga bersiar-siar di pentas yang indah sambil bertiup angin laut, lalu menikmati pemandangan matahari terbenam di pantai utara.

    • Alamat: No. 20-6, Beishizi, Houcuoli, Daerah Sanzhi, Bandar Taipei Baru (di tepi Taman Zhilan)