Kawasan rekreasi

Gunung Guanyin

  • Pusat pengunjung Gunung Guanyin

    Selain memberikan pengenalan tentang sumber rekreasi dan perkhidmatan pelancongan, pusat pengunjung juga memaparkan maklumat mengenai burung-burung mangsa yang berada di Gunung Guanyin, serta tembikar prasejarah yang diperolehinya. Untuk menghargai kenangan masa penggalian di Gunung Guanyin pada masa yang lalu, sebuah taman patung batu dirancang di sebelah pusat pengunjung , Terdapat sebuah patung batu raksasa Guanyin, iaitu "Patung Batu Wang Xiuqi-Keturunan Naga", Ia telah mengabungkan pemandangan dan kesenian serta menjadikan semangat penting bagi Gunung Guanyin. "Taman Ekologi Gunung Guanyin" mempunyai kemudahan rekreasi seperti Batu Gunung Guanyin dan Taman kediaman burung Rajawali. Ia terletak di hadapan pusat pengunjung. Sumber semula jadi seperti kawasan gunung berapi Guanyin dan ekologi burung digunakan sebagai taman untuk pengajaran tentang ekologi alam sekitar.

    • Alamat: No. 130, Seksyen 3, Jalan Lingyun, Kawasan Wugu, Bandar Baru Taipei
    • Tel: + 886-2-2928888
    • Waktu operasi: 09:00-17:00
  • Kuil Lingyun

    Kuil Lingyun adalah kuil tertua di Gunung Guanyin, ia biasanya dikenali sebagai “Neiyan”, ia didirikan pada tahun 1739, kerana penyamun bersembunyi di kuil tersebut, Liu Ming Chuan menghantar tentera untuk memusnahkan kuil tersebut. Selepas itu, kuil tersebut dibina semula di tempat asalnya dan dipanggil Kuil Lingyun, Ia tergolong dalam agamaTaoisme. Bangunan kuil itu bergaya dewan tunggal,dewan utama diperbuat daripada batu Guanyin. Jubin bumbung adalah jubin merah tradisional dan persekitarannya indah. Ia adalah pusat keagamaan tempatan. Di samping itu, terdapat banyak tanda bersejarah dan bangunan yang dibina untuk peringatan di kuil tersebut, selain itu kuil telah menyimpan kesenian serta ilmiah yang tersisa pada zaman itu. Oleh itu, pengunjung dapat mengetahui era sejarah di sini.

    Pada setiap tahun bulan Mac Puncak Gunung Guanyin akan dikelilingi oleh awan dan kabut. Pada masa ini, kedudukan yang baik untuk mengamati burung Rajawali harus memilih lereng gunung kuil Lingyun, ia berada di ketinggian atas permukaan laut. Burung mangsa dapat dilihat di sini, rumpai menjulang tinggi dan burung hantu berkolar sering muncul di sini, Pada waktu malam, tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti pemerhatian ekologi alam sekitar.

    • Alamat: No. 57, Seksyen 3, Jalan Lingyun, Kawasan Wugu, Bandar Baru Taipei
  • Jalan setapak Guanyin (dibangunkan sebelum zaman moden)

    Jalan setapak Guanyin, yang terletak 616 meter dari permukaan laut, ia adalah puncak tertinggi di Gunung Guanyin. Ia dinamakan setelah Sekolah Gendarmerie digunakan sebagai melatih "semangat kecekalan" di sini. Di permukaan batu bersurat itu tertera tulisan “Menghadapi cabaran dengan semangat yang berani, serta memikul beban yang berat untuk menjadi orang yang tabah”.

    Dari pandangan kejauhan, Bangunan 101, Bangunan Xinguang, Grand Hotel, Jambatan Guandu, Danshui, (Bali), dan sebagainya Ia dapat melihat pemandangan indah Taipei termasuklah sekitaran Puncak Lapan belas, kawasan pelancongan yang terkenal untuk aktiviti mendaki gunung.

    • Alamat: Gunung Guanyin, KawasanWugu, Bandar Baru Taipei